daripada hadis-hadis Rasulullah..
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam firman Allah pada sebuah hadis Qudsi :
“ Tidak ada balasan bagi hamba Ku yang Mukmin jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Rasulullah bersabda :
“ Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, iaitu merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”
Dan sabdanya pula:
Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyah, dan orang yang mengeluh , jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya baginya pakaian dari kantung dan kutang dari wap api neraka.
Sabda Rasulullah :
Orang yang kedekut itu tidak akan masuk syurga meskipun dia seorang zahid ( Orang yang meninggalkan urusan dunia kerana kesibukan beribadat).
Nasihat yang diterima oleh seorang wali Allah :
Banyaklah berzikir , mengingati Allah , disamping beramal menyebarkan manfaat dan kebaikan kepada masyarakat sekelilingmu , kepada alam sekitarmu tempat engkau dibangkitkan Tuhan untuk menjadi khalifah , pemelihara amanat Tuhan ini.
HR Tarmidzi :
“ Semua anak Adam ( manusia ) sering membuat kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang membuat kesalahan itu , ialah orang yang suka bertaubat .”
Orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik pekertinya.
Nasihat yang diterima oleh Hasan Basri :
“ Waktu tuan sedang sendirian atau ramai orang , ingatkan akan Allah , berzikirlah bersungguh-sungguh . Tiap pagi dan malam bacalah istighfar, dan bertaubatlah dengan baik.”
Imam Al-Ghazali:
"Kebahagiaan dan kelazatan yang sejati ialah bilamana dapat mengingat Allah."
"Tiada satu pandangan yang lebih indah melainkan pandangan Allah."
HADIS
“Kebajikan itu ialah budi yang indah.Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada,padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain.
(SAHIH MUSLIM)
“Awaslah kamu daripada berduaan dengan wanita,demi Allah yang jiwaku ditanganNya tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya.”
(Riwayat atthabarani)
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.”
(Sahih Muslim)
Serangkai kata pujangga Arab:
Serahkan hatimu kepada manusia, nescaya dia akan melukainya, serahkan hatimu yang luka kepada Allah, nescaya Dia akan mengubatinya.
Saidatina Siti Fatimah Bt Muhamad mengatakan:
Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki.
-memelihara kesucian dirinya daripada terdedah kepada yang bukan muhrim.
Perkataan itu umpama ubat, jika bercakap sedikit memberi manfaat, terlalu banyak bercakap membunuh.
Buat sahabat yang kukasihi,
Jadikanlah ungkapan kata-kata (hadis dan sabda Rasulullah) di atas sebagai renungan dan panduan hidupmu supaya dapat kau tempuhi hidup ini dengan penuh keyakinan dan ketaqwaan.