nurila8991.blogspot.com

Saturday 5 November 2011

kATA-kAta2 hiKmaH ~ ~

daripada hadis-hadis Rasulullah..

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam firman Allah pada sebuah hadis Qudsi :
“ Tidak ada balasan bagi hamba Ku yang Mukmin jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Rasulullah bersabda :
“ Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, iaitu merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

Dan sabdanya pula:
Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyah, dan orang yang mengeluh , jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya baginya pakaian dari kantung dan kutang dari wap api neraka.

Sabda Rasulullah :
Orang yang kedekut itu tidak akan masuk syurga meskipun dia seorang zahid ( Orang yang meninggalkan urusan dunia kerana kesibukan beribadat).

Nasihat yang diterima oleh seorang wali Allah :
Banyaklah berzikir , mengingati Allah , disamping beramal menyebarkan manfaat dan kebaikan kepada  masyarakat sekelilingmu , kepada alam sekitarmu tempat engkau dibangkitkan Tuhan untuk menjadi khalifah , pemelihara amanat Tuhan ini.

HR Tarmidzi :
“ Semua anak Adam ( manusia ) sering membuat kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang membuat kesalahan itu , ialah orang yang suka bertaubat .”

Orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik pekertinya.

Nasihat yang diterima oleh Hasan Basri :
“ Waktu tuan sedang sendirian atau ramai orang , ingatkan akan Allah , berzikirlah bersungguh-sungguh . Tiap pagi dan malam bacalah istighfar, dan bertaubatlah dengan baik.”


Imam Al-Ghazali:
"Kebahagiaan dan kelazatan yang sejati ialah bilamana dapat mengingat Allah."
"Tiada satu pandangan yang lebih indah melainkan pandangan Allah."

HADIS

“Kebajikan  itu  ialah budi  yang  indah.Sedangkan  dosa  ialah  perbuatan  atau  tindakan  yang  menyesakkan  dada,padahal  engkau sendiri  segan  perbuatanmu  itu  akan  diketahui  orang  lain.
                                                                    (SAHIH  MUSLIM)

“Awaslah  kamu  daripada  berduaan  dengan  wanita,demi  Allah  yang  jiwaku  ditanganNya  tiada  seorang  lelaki  yang  berduaan  dengan  wanita  melainkan  dimasuki  syaitan  antara  keduanya.”        
                                                                   (Riwayat atthabarani)

“Lihatlah kepada  orang  yang  lebih  rendah  darimu  dan  jangan  melihat  orang  yang  lebih  tinggi. Itulah  tembok  kukuh  supaya  kamu  tidak  menghina  pemberian  Allah  kepadamu.”
                                                                                              
                                              (Sahih  Muslim)

Serangkai kata pujangga Arab:
Serahkan hatimu kepada manusia, nescaya dia akan melukainya, serahkan hatimu yang luka kepada Allah, nescaya Dia akan mengubatinya.

Saidatina Siti Fatimah Bt Muhamad mengatakan:
Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki.
-memelihara kesucian dirinya daripada terdedah kepada yang bukan muhrim.

Perkataan itu umpama ubat, jika bercakap sedikit memberi manfaat, terlalu banyak bercakap membunuh.

Buat sahabat yang kukasihi,
Jadikanlah ungkapan kata-kata (hadis dan sabda Rasulullah) di atas sebagai renungan dan panduan hidupmu supaya dapat kau tempuhi hidup ini dengan penuh keyakinan dan ketaqwaan.






1 comment:

  1. sekadar berkongsi dgn kawan2 chE' iLa LoLiPop..hehehehe..semoga Allah merahmati kte semua,..amin...

    ReplyDelete